bubu jerit:
blog berjalan seperti biase...jarang update sebab dah mula semester 2 yang menyusahkan kepala otak aku

kenapa GF suka merajuk

kenape GF suka merajuk ??


Salah satu punca utama yang menyebabkan gf merajuk adalah sikap bf yang tidak peka dengan kehendak dan keperluan gf antara punca yang menyebabkan gf merajuk dengan bf masing-masing.



1. sikap bf yang sering melupakan tarikh-tarikh penting seperi tarikh couple, hari jadi dan sebagainya boleh mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap gf mereka. Situasi ini berlaku kerana perempuan mengingati tarikh-tarikg itu amatlah bermakna bagi seorang perempuan . Kegagalan bf mengingati tarikh-tarikh tersebut amat menggores hati sehingga menyebabkan mereka merajuk.

2. Emosi juga memainkan peranan penting dalan soal rajuk merajuk ini. Kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah membuatkan wanita cepat melenting, marah-marah, sakit hati, kecil hati dan merajuk apabila mendengar atau mendapat tahu perkara tidak disukai yang telah dilakukan oleh bf mereka walaupun perkara itu belum pasti kebenarannya.

3. Mendambakan perhatian dan kasih sayang daripada pasangan juga menjadi punca wanita merajuk dengan pasangan masing-masing. Ada bf yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga gf mereka berasa dirinya diabaikan oleh pasangan. Justeru, mereka sengaja merajuk untuk menarik perhatian pasangan mereka dan melihat sejauh mana pasangan mereka mengambil berat tentang diri mereka.



by : bubuelmo






mekaseh banyak banyak sebab sudi bace apelagi like jum O,O

Tiada ulasan:

Catat Ulasan