semua orang ada masalah . kita sebagai manusia kena teruskan kehidupan dalam melalui masalah masalah yang menimpa . kadang kadang manusia sendiri menyalahkan takdir kehidupan yang telah diberikan . kenapa ? kita ni manusia memang patot diuji dengan pelbagai masalah . masalah kecil ataupun besar .
kehidupan . memang patot lah mempunyai perlumbaan . sesetengah manusia jadikan ni sebagai pendorong mereka menjadi seorang yang lebih berjaya . mereka jadikan satu perlumbaan untuk terus menaik taraf kehidupan masing masing . tapi sesetengah manusia menganggap ini sebagai sesuatu yang negatif . ia jadikan ini sebagai satu penghinaan . tapi kadang kadang dalam perlumbaan ni ada juga yang main kotor . betul tak ?
macam kes siput , kucing , dan lipas yang dalam gambar tu .
biasalah lah . ini selalu terjadi pada golongan remaja zaman sekarang . masalah percintaan ni menjadi biasa dalam kehidupan manusia . semua orang ingin disayangi . dan semua orang ada hak untuk menyayangi . tapi ramai yang salah menggunakan erti cinta . mereka menjadikan cinta sebagai satu permainan . dan akhirnya . pasangan nya yang menjadi mangsa . biasa lah tu . dah curik hati seseorang tu . lepas tu hilang entah kemana .
tapi apa pun . dalam kehidupan kita mestilah bantu membantu antara satu sama lain . menyelesaikan masalah bersama . dan jadikan masalah itu semua sebagai contoh cabaran dalam kehidupan . kadang kala sesuatu yang tersilap itu memang tak dapat di undurkan masa . tapi mungkin kita boleh memperbetulkan keadaan di masa akan datang . itulah hakikat seorang manusia di muka bumi .
by : yoyo









Tiada ulasan:
Catat Ulasan